PENGENALAN
Bidang
keusahawanan telah lama bertapak di Malaysia sejak bermulanya aktiviti
perdagangan menggunakan sistem barter. Kegiatan ekonomi ini terus dipelopori
sebagai aktiviti perniagaan secara kecil-kecilan sehingga berkembang kepada
perdagangan antarabangsa iaitu kedatangan pedagang asing dan perdagangan negara
luar pada Zaman Kerajaan Melayu Melaka (Nor Aishah 2002; Shukor 2003; Zafir
& Fazilah 2003). Sejarah menunjukkan bahawa wujud golongan pedagang dalam
masyarakat Melayu. Kemasyhuran Melaka sebagai sebuah pelabuhan antarabangsa
digambarkan dalam catatan sejarah. Bagaimanapun keadaan ini tidak kekal kerana
kedatangan penjajah daripada Barat yang telah memusnahkan kebebasan dan
kemakmuran yang dikecapi oleh masyarakat yang dijajah termasuk negeri-negeri di
Tanah Melayu. Sejarah turut menunjukkan bahawa penjajahan Inggeris adalah
berasaskan kepada perdagangan dan juga bagi menguasai sumber bahan mentah di
tanah jajahannya. Malahan, penjajah Inggeris bukan setakat mengambil sumber
ekonomi, tetapi turut menyebarkan cara hidup dan budaya mereka yang dianggap
lebih baik dan bertamadun ke atas masyarakat jajahannya termasuk masyarakat
Melayu.
Justeru,
penjajahan sejak tahun 1511 hingga 1957 telah menghakis budaya keusahawanan
dengan mengekang perkembangan aktiviti perdagangan dalam masyarakat Melayu.
Pelaksanaan dasar “pecah dan perintah” oleh penjajah Inggeris telah menempatkan
masyarakat Melayu sebagai golongan kurang produktif secara ekonominya (Shukor
2003). Namun kemerdekaan negara telah membangkitkan semula kesedaran terhadap
kepentingan aktiviti keusahawanan dan kesannya kepada ekonomi dan sosial
negara. Justeru, beberapa dasar kerajaan yang memberikan penekanan terhadap
bidang keusahawanan telah digubal dengan strategi untuk memajukan sektor
ekonomi dan sosial terutama golongan Bumiputera. Dasar Ekonomi Baru (DEB) telah
diperkenalkan pada tahun 1971 hingga tahun 1990. Dasar ini menggunakan strategi
serampang dua mata bagi mencapai matlamat untuk membasmi kemiskinan dan
penyusunan semula masyarakat majmuk di Malaysia.
Dewasa
ini, arus globalisasi yang menerjah dunia telah memberi impak dan perubahan
yang besar kepada negara sama ada dari segi politik, ekonomi dan sosial. Dalam menongkah
dan mengejar arus modenisasi ini, kerajaan kita telah menggagaskan konsep 1
Malaysia yang berpaksikan slogan “Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan”.
Hal ini juga merupakan rentetan kepada Dasar Ekonomi Baru supaya semua lapisan
masyarakat dapat menikmati kemakmuran negara secara adil dan saksama. Menyedari
hakikat inilah kerajaan telah memperuntukkan sejumlah dana yang besar bagi
memajukan Industri Kecil dan Sederhana (IKS). Hal ini bertepatan dengan
peribahasa Melayu hati kuman sama di cecah, hati gajah sama dilapah. IKS telah
dibangunkan dengan pesatnya umpama cendawan tumbuh selepas hujan. Contoh
Industri Kecil dan Sederhana (IKS) ialah kilang kraf tangan, kilang keropok,
perusahaan batik, kilang mi dan lain-lain lagi. Terdapat banyak kepentingan IKS
kepada masyarakat dan negara.
DEFINISI IKS
Menurut
Kamus Dewan Edisi keempat, Industri Kecil dan Sederhana (IKS) ditakrifkan
sebagai perusahaan perkilangan atau syarikat yang menyediakan perkhidmatan
berkaitan perkilangan dengan pusing ganti jualan tahunannya yang tidak melebihi
RM 25b juta dan menggaji kakitangan sepenuh masa tidak melebihi 150 orang. Industri
kecil dan sederhana (IKS) adalah komponen yang penting dalam ekonomi negara,
mewakili 99.2 peratus daripada jumlah keseluruhan perniagaan yang diwujudkan di
negara ini. Sektor ini menawarkan 5.6 peratus peluang pekerjaan serta
menyumbangkan kira-kira 32 peratus dalam Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).
Berikutan peranan dan sumbangan besar sektor Industri Kecil dan Sederhana (IKS)
kepada ekonomi negara, kerajaan menjadikan pembangunan Industri Kecil dan
Sederhana (IKS) sebagai satu agenda utama negara dan sumber yang penting ke arah
mengubah model ekonomi Malaysia kepada model ekonomi baru yang berpendapatan
tinggi.
TAHAP
PEMBANGUNAN IKS LUAR BANDAR
Terdapat
banyak faktor yang mendorong kepada kemajuan kegiatan ekonomi tersebut. Antara
faktor yang mendorong kepada perkembangan kegiatan aktiviti tani di kawasan
luar bandar ialah faktor ekonomi. Dari sudut ini, pelbagai cabang yang boleh
membawa kepada pembangunan kawasan luar bandar. Hal ini boleh dilihat apabila
banyak penyertaan dari pelabur atau pemodal luar yang datang melabur dan
menanam modal sekaligus mengembangkan aktiviti tani di kawasan luar bandar. Contohnya
anak Syarikat Multi Nasional Cooperation (MNC) iaitu Syarikat DUNLOP yang
menghasilkan tayar yang telah memberi anjakan seperti memberi peluang pekerjaan
kepada penduduk secara tidak langsung meningkatkan taraf hidup penduduk
seterusnya menyumbang kepada peningkatan dalam Keluaran Dalam Negara Kasar
(KDNK) negara.
Industri
asas tani juga turut menyumbang kepada kemasukan tenaga buruh mahir yang telah
dilatih dan diberi latihan oleh anak-anak syarikat tersebut. Seterusnya untuk
memudahkan lagi kerja yang dilakukan oleh para petani, pelbagai jentera moden
telah dibawa masuk dan diperkenalkan kepada penduduk luar bandar. Selain itu,
penduduk luar bandar mula mengetahui cara penggunaan racun serangga. Hal ini
telah menyumbang kepada pemodenan kaedah dan gaya hidup yang dahulunya berada
pada tahap primitif.
Kerajaan
juga memainkan peranan yang penting dalam memajukan dan mengembangkan industri
asas tani. Contohnya kerajaan telah memberikan subsidi baja, subsidi racun
serangga dan hasil pertanian kepada petani. Hal ini dapat dilihat apabila
BERNAS yang dipertanggungjawabkan untuk membeli hasil pertanian padi dengan
harga dua kali ganda yang jelas memberi untung kepada petani. Kerajaan juga
telah membuat Rancangan Pengairan Kemubu di Kelantan yang membolehkan tanaman
padi dihasilkan dua kali setahun. Selain itu, kerajaan telah memberi
tanggungjawab kepada Bank Pertanian Malaysia dalam memberi dana dan kemudahan
kredit kepada petani untuk meningkatkan aktiviti tani mereka di kawasan Luar
Bandar .
Di
samping itu juga, penyertaan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) terutamanya
oleh masyarakat luar bandar seperti pembuatan kerepek dan kuih yang dijalankan
mampu menerima tempahan dan pasaran yang menggalakkan sepanjang tahun
membuktikan bahawa banyak kemudahan yang diberikan oleh kerajaan kepada IKS
yang dilihat sebagai ”batu loncatan” untuk penduduk menambah pendapatan isi
rumah mereka (Jurnal Teknologi, 42(E) Jun 2005: 40). Antara agensi yang
terlibat dalam projek-projek sebegini untuk membuat Penyelidikan dan Pembangunan
(R&D) ialah seperti PORIM, MARDI, Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM).
Namun begitu, sesuatu yang dijalankan pasti mempunyai masalah tertentu. Begitu
jugalah dengan industri ini yang baru ”setahun jagung usianya”. Contohnya
ancaman fizikal yang berlaku seperti serangga perosak, tikus, ulat, makhluk
perosak, serangan belalang, bena perang, siput dan sebagainya. Tempoh untuk
menjalankan aktiviti perikanan juga adalah mengikut cuaca , jika cuaca
diramalkan tidak baik maka para nelayan tidak dapat turun ke laut dan menunggu
sehingga cuaca panas dan baik untuk turun ke laut bagi mendapatkan hasil
tangkapan. Hal ini menunjukkan bahawa faktor ini menjadi penghalang dalam
memajukan kegiatan pertanian di kawasan luar bandar.
Masalah
yang amat ketara yang dapat dilihat dalam memajukan masyarakat luar bandar
ialah kekurangan tenaga buruh dalam sektor yang berkaitan. Yang paling jelas
dapat dilihat adalah dalam sektor pertanian yang ramai diusahakan oleh golongan
tua berbanding dari golongan muda. Golongan muda tidak suka mengusahakan
aktiviti pertanian disebabkan golongan tersebut berhijrah ke bandar-bandar yang
banyak memberi peluang pekerjaan terutamanya dalam sektor peridustrian. Selain
itu juga, golongan muda turut menganggap kegiatan pertanian adalah kegiatan
yang memenatkan, banyak menggunakan kerahan tenaga dan berada di bawah jemuran
mentari serta mendapat pulangan yang sedikit.
KEPENTINGAN DAN
SUMBANGAN IKS LUAR BANDAR
Salah
satu kepentingan IKS ialah dapat meningkatkan ekonomi masyarakat terutamanya
penduduk di luar bandar. Kita sedia maklum bahawa industri ini banyak
didirikan di kawasan luar bandar selaras dengan konsep ‘Satu Kampung Satu
Produk’. Sebagai contoh kilang membuat kerepek, kilang membuat sos
tomato, kilang kraf tangan dan lain-lain lagi. Pengusaha kilang
dapat menjual hasil keluaran mereka kepada penduduk-penduduk kampung serta
pengunjung-pengunjung yang lain. Selain itu, mereka juga boleh memasarkan hasil
IKS ini di pasar malam, pasar tani serta di karnival-karnival jualan. Meskipun
keuntungan penjualannya tidaklah seberapa, namun sikap gigih dan istiqamah
pengusaha IKS menyebabkan produk mereka akhirnya mendapat perhatian para
pengguna. Dalam usaha untuk mempromosi produk IKS ini, peribahasa yang pipih
tidak datang melayang, yang bulat tidak datang bergolek haruslah dijadikan
pegangan. Prinsip membujur lalu, melintang patah iaitu berani menghadapi
cabaran dan dugaan dalam perniagaan merupakan resipi kejayaan ramai pengusaha
IKS pada hari ini. Oleh hal yang demikian, jelaslah bahawa IKS ini sangat
penting untuk meningkatkan pendapatan penduduk di luar bandar dan seterusnya
meningkatkan ekonomi negara.
Selain itu, IKS juga dapat
membuka dan memberi peluang pekerjaan kepada masyarakat terutamanya penduduk
kampung. Kita sedia maklum bahawa untuk menjana dan meningkatkan hasil
pengeluarannya pengusaha IKS ini memerlukan pekerja yang ramai. Sebagai contoh,
kilang membuat kerepek memerlukan pekerja untuk menyediakan bahan, memasak,
membungkus serta memasarkan produk mereka. Sekurang-kurangnya kilang IKS
tersebut memerlukan antara 15 hingga 20 orang pekerja untuk menjalankan
operasinya. Dalam usaha untuk meminimumkan kos serta meningkatkan produktiviti,
sudah tentu pengusaha IKS akan memilih para pekerja dalam kalangan masyarakat setempat
. Hal ini telah akan membuka peluang kepada suri rumah, ibu tunggal atau orang
kurang upaya (OKU) untuk bekerja di situ. Sikap pengusaha IKS yang prihatin
serta mengutamakan khidmat sosial kepada masyarakat setempat, akan mewujudkan
perasaan kekitaan terhadap IKS yang diwujudkan di sesuatu kawasan itu.
Peribahasa Melayu ada mengatakan orang berbudi kita berbahasa, orang memberi
kita merasa, ironinya, para pekerja tersebut akan berusaha dengan gigih untuk
meningkatkan mutu serta kualiti produk kilang tersebut. Jelaslah bahawa IKS ini
bukan sahaja dapat membuka peluang pekerjaan kepada penduduk kampung malah
dapat membantu negara mengurangkan masalah pengangguran.
Di samping itu,
pembinaan IKS di kawasan-kawasan luar bandar juga dapat membantu meningkatkan
sektor pertanian dan perikanan. Kita sedia maklum bahawa IKS memerlukan
bahan-bahan mentah untuk proses pengeluaran kilang mereka. Biasanya bahan-bahan
mentah ini adalah daripada hasil pertanian, perikanan atau perhutanan.
Tamsilnya kilang membuat keropok memerlukan hasil tangkapan laut, manakala
kilang kerepek pula memerlukan hasil pertanian seperti ubi, keladi, pisang,
jagung dan lain-lain. Secara tidak langsung aktiviti pertanian dan perikanan
turut meningkat di kawasan tersebut. Hasil pertanian sara diri penduduk kampung
yang selama ini sukar untuk dipasarkan, kini telah menjadi rebutan para
pengusaha IKS.
Hukum
ekonomi menjelaskan bahawa kadar permintaan mempengaruhi penawaran dan harga
barangan. Implikasinya harga barang mentah pertanian seperti ubi, pisang,
keledek, keladi akan meningkat. Secara tidak langsung sektor
pertanian akan meningkat. Hal ini, diperkukuhkan lagi dengan dasar kerajaan
yang memberi perhatian serius untuk membantu meningkatkan pendapatan petani dan
nelayan. Oleh hal yang demikian, dalam usaha memenuhi permintaan IKS terhadap
bahan mentah yang semakin meningkat kerajaan melalui agensi-agensi pertanian
seperti FAMA, MARDI, PELADANG dan sebagainya telah memberi khidmat kepakaran
dan subsidi kewangan kepada para petani dan nelayan. Jadi, IKS ini merupakan
serampang dua mata kerana kewujudannya bukan sahaja dapat meningkatkan
ekonomi malahan dapat membasmi kadar kemiskinan rakyat di negara kita yang
tercinta ini.
Ada
pendapat yang mengatakan bahawa melancong ke Malaysia umpama telah melancong ke
separuh dunia. Hal ini kerana, di Malaysia terdapat pelbagai kesenian dan
budaya daripada penduduk pelbagai bangsa dan agama. Apakah kaitan penyataan ini
dengan IKS? Kolerasinya ialah kewujudan IKS dapat meningkatkan sektor
pelancongan di negara kita. Kita sedia maklum bahawa para pelancong suka
membeli kraftangan untuk dibawa pulang. Sebenarnya di Malaysia terdapat
banyak barangan kraftangan daripada pelbagai etnik dan kaum yang menjadi
warganegara Malaysia. Sebagai contoh perusahaan membuat tembikar, pasu bunga,
ukiran, labu sayong, batik, songket, tikar, bakul barangan hutan dan lain-lain
lagi. Hasil kraf tangan melambangkan identiti serta jati diri negara. Para
pelancong membelanjakan berjuta - juta ringgit untuk membeli kraftangan ini sebagai
cenderamata kenang-kenangan atau hadiah kepada rakan-rakan apabila pulang
kelak. Dalam hal ini peribahasa Melayu ada menyebut bahawa “tak tumbuh, tak
melata, tak sungguh orang tak kata”. Hal ini menjelaskan bahawa kualiti serta
keunikan kraftangan Malaysia akan menarik lebih ramai pelancong ke negara kita.
Ironinya perkara ini bukan sahaja akan meningkatkan imej Malaysia sebagai
negara berbilang bangsa malahan dapat meningkatkan ekonomi negara menerusi
sektor pelancongan.
HALANGAN DAN
CABARAN IKS LUAR BANDAR
Kebanyakkan
Industri Kecil dan sederhana (IKS) merujuk perniagaan atau perusahaan yang
mempunyai model berbayar RM 25,000 dan menggunakan antara 50 – 200 orang
pekerja. Kebanyakan IKS di Negara ini berfokus kepada perusahaan makanan, tekstil,
batik, logam dan sebagainya. Walaupun IKS ini berpontensi yang luas dalam
konteks Negara kita, tetapi ia menghadapi banyak cabaran dalam usaha
pembangunan. Masyarakat luar bandar lazimnya digambarkan sebagai satu kumpulan
masyarakat yang beku, lembab dan kekurangan inisiatif untuk maju. Justeru itu
pada peringkat awalnya, ia memerlukan bantuan atau tolakan daripada pihak luar
untuk berubah. Golongan ini digambarkan sebagai satu kelompok yang miskin,
mundur dan terbiar. Kemiskinan dan kemunduran ini pula terus berlanjutan kerana
dari segi sosialnya, anggota komuniti tersebut dikatakan tidak mempunyai
kesedaran untuk mengubah nasib ke arah satu taraf kehidupan yang lebih baik
serta seiring dengan peredaran semasa. Keadaan ini antara lainnya adalah disebabkan
kerana golongan ini masih dibelenggu oleh adat resam dan cara hidup tradisional
yang sangsi tentang pemikiran baru dari luar yang belum pasti akan kesan baik
dan buruknya. Morrison (2006) menyatakan bahawa keusahawanan berpunca daripada
gerak hati dan dalam diri seseorang itu sendiri, masyarakat serta budaya. Ia
merupakan sesuatu yang lebih penting berbanding fungsi mudah ekonomi serta
mewakili satu gabungan material dan bukan material, pragmatisme dan idealisme.
Asas keusahawanan merujuk kepada pengaplikasian proses inovasi serta penerimaan
terhadap suatu fungsi menanggung risiko, berorientasikan perubahan terhadap
kedua-dua aspek sosial dan ekonomi. Ringkasnya, hasil daripada inovasi tersebut
akan memberikan kesan yang positif.
Cabaran
utama yang dihadapi oleh industri ini adalah dari segi kemahiran dan latihan
pengusaha – pengusaha. Kebanyakkan pengusaha industri ini mengusaha di kawasan
luar bandar. Kebiasaanya, ia dikendali oleh pengusaha – pengusaha yang kurang
berpendidikan. Mereka menggunakan teknolgi yang rendah kerana tidak memperolehi
latihan dan kemahiran yang sistematik. Tanpa latihan dan kemahiran yang
bersesuaian, teknologi rendah menjadi cabaran pembanguan indistri ini. Dalam
memperkatakan tentang pengaruh taraf pendidikan dalam bidang keusahawanan,
hasil kajian oleh Zaidatol dan Habibah (1997) mendapati terdapat hubungan yang
positif di antara pendidikan keusahawanan dengan kejayaan usahawan sementara
pendidikan pula mempunyai hubungan positif dengan pembangunan ekonomi. Maka
itulah sebab usahawan yang berjaya adalah usahawan yang lebih berpendidikan.
Justeru itu pendidikan keusahawanan yang berterusan penting kerana ia dapat
memberi pelbagai faedah seperti membantu seseorang usahawan mengenali potensi
diri dan aspirasinya terhadap bidang keusahawanan, membentuk personaliti dan
ciri-ciri yang perlu dimiliki oleh usahawan berjaya serta membolehkan usahawan
mendapatkan maklumat terkini berkaitan dengan sesuatu perniagaan.
Selain
itu, industri ini menghadapi cabaran dari segi modal. Kebanyakkan industri ini
menghadapi kesukaran untuk mendapatkan modal daripada bank-bank swasta kerana
syarat-syarat pinjaman yang ketat dan memerlukan cagaran. Disamping itu,
pengusaha-pengusaha IKS menghadapi aliran modal kerana jualan mereka hanya
mendapat kredit selepas dijual. Justeru adalah sukar untuk mengembangkan
industri ini.Aspek pasaran juga menjadi satu cabaran untuk kemajuan industri
ini. Ruang atau skop pasaran adalah terhad kerana barangan yang diusahakan
contohnya makanan tidak tahan lama. Pasaran industri ini lebih bersikap
setempat dan sukar menembusi pasaran luas kerana kekurangan pengiklanan dan
promosi. Oleh itu, pasaran IKS terhad kepada golongan luar bandar sahaja.
Hasil
kajian oleh Nurulhuda Che Abdullah dan Ramlee Mustapha (2009) mendapati
terdapat aspek negatif yang dikesan melalui pemerhatian banyak tertumpu kepada
pengurusan kewangan yang lemah seperti rekod jual beli tidak dikemas kini dan
tidak menggunakan khidmat juruaudit. Dari segi infrastruktur, terdapat premis
yang tidak menyediakan tempat letak kereta yang mencukupi serta kurang inovasi
dan kurang penggunaan teknologi terkini (terutama ICT). Kebanyakan pekerja
diambil tanpa mengira kelayakan serta kurang mengiktiraf pekerja cemerlang.
Kebanyakan premis perniagaan tidak mempunyai carta organisasi, tidak ada
penyataan misi dan visi syarikat.
Satu
lagi cabaran yang dihadapi oleh industri ini ialah bahan mentah. Adakalanya
masalah dari segi mendapatkan bahan mentah pada musim tertentu menyekat industri
ini. Masalah harga bahan mentah yang turun naik turut menjejaskan kos
pengeluaran dan dilihat sebagai penghalang untuk pembangunan industri ini.
Selain itu,bahan mentah yang tidak boleh disimpan kerana mungkin mengalami
kerosakan atau tiada kemudahan stor turut menjadi masalah.
Manakala
dapatan dari kajian oleh Azlizan Talib, Hamzah Jusoh, Yahaya Ibrahim dan
Habibah Ahmad (2012) mendapati bidang keusahawanan sememangnya terbuka kepada
sesiapa sahaja yang mempunyai tekad dan keinginan untuk berjaya dalam bidang
perniagaan. Paling penting ialah membuat persediaan yang secukupnya di samping
memiliki modal dan kemahiran-kemahiran keusahawanan yang diperlukan bagi
melancarkan perancangan perniagaan. Sememangnya diakui, bidang keusahawanan
menjurus kepada pengeksploitasian terhadap sumber jaya sedia ada di dalam
sesebuah kawasan luar bandar tersebut terutamanya bidang pertanian dan
ternakan. Dalam bidang pertanian, tanaman yang mendapat permintaan yang tinggi
termasuklah buah naga dan jagung manakala dalam bidang ternakan pula lebih
menjurus kepada ternakan ayam, lembu dan kambing. Di samping itu, juga terdapat
permintaan terhadap perusahaan jahitan dan tenunan terutama sekali untuk
diceburi oleh kaum wanita. Sebenarnya, bidang keusahawanan ini akan lebih
terserlah sekiranya individu-individu terbabit benar-benar mempunyai minat,
komited terhadap pekerjaan dilakukan, mempunyai kemahiran-kemahiran
keusahawanan yang diperlukan serta modal permulaan bagi menggerakkan perniagaan
yang akan dilakukan. Selepas itu, barulah tindakan susulan dan sokongan diambil
bagi memantapkan lagi perniagaan yang telah dimulakan itu.
SISTEM SOKONGAN
DAN LANGKAH-LANGKAH UNTUK MENDORONG DAN MEMBANGUNKAN IKS LUAR BANDAR
Isu
penyertaan penduduk di dalam bidang keusahawanan pula seharusnya dilihat dalam
konteks yang lebih luas memandangkan bidang ini mempunyai potensi yang baik
untuk di maju dan diperkembangkan lagi pada masa hadapan. Faktor-faktor dan
kelemahan-kelemahan yang telah dikenal pasti memberi kesan dan pengaruh kepada
tahap penyertaan penduduk seperti modal, kursus dan latihan, kronisme, hubungan
dengan ahli politik, kurang kefahaman terhadap bidang keusahawanan, masalah
komitmen, kurang inisiatif penduduk untuk melibatkan diri serta faktor jantina,
taraf perkahwinan, umur dan taraf pendidikan sebaiknya cuba diatasi, diperbaiki
dan dibuat penambahbaikan dalam usaha untuk menggalak dan meningkatkan tahap
penyertaan penduduk dalam bidang keusahawanan terutamanya di kawasan kajian.
Sementara
itu, agensi-agensi yang terlibat dalam bidang keusahawanan pula seharusnya
bersatu dan bersepakat dalam menyediakan perkhidmatan yang lebih menyeluruh dan
memberikan komitmen yang lebih jitu agar proses peningkatan kualiti kehidupan
komuniti luar bandar akan dapat dicapai sepenuhnya dengan lebih menyeluruh dan
efisien. Sememangnya diyakini bahawa bidang keusahawanan merupakan di antara
pemangkin utama bidang ekonomi di kawasan luar bandar. Sewajarnya bidang
keusahawanan ini diperkembangkan ke arah memakmurkan lagi potensi ekonomi luar
bandar. Bagi merealisasikan matlamat ini, semua pihak baik dalam kalangan
penduduk kampung, usahawan mahu pun agensi-agensi yang berkenaan haruslah
bekerjasama dan berganding bahu bagi memperkukuh dan memperkembangkan lagi
bidang keusahawanan luar bandar. Untuk tujuan itu, penduduk luar bandar
seharusnya bangkit, sedar dan mempunyai inisiatif sendiri ke arah meningkatkan
tahap ekonomi masing-masing.
Pelbagai
insentif dan galakan seperti kemudahan mendapatkan modal, peluang-peluang untuk
mengikuti kursus dan latihan keusahawanan, aspek pemasaran yang lebih meluas
serta pendedahan yang lebih mendalam terhadap bidang keusahawanan haruslah
dibantu bagi menyemaikan minat dan kecenderungan untuk menyertai bidang
keusahawanan.
Selain
itu, setiap agensi pembangunan luar bandar haruslah memainkan peranan yang
lebih efektif dan efisien dalam membantu dan menggalakkan penyertaan penduduk
dan memperkembangkan lagi bidang keusahawanan di kawasan luar bandar.
Diharapkan agar kerjasama rapat yang terjalin di antara penduduk dan
agensi-agensi pembangunan ini akan dapat memperkukuh dan menyerlahkan lagi
potensi bidang keusahawanan di kawasan luar bandar. Dalam menggalakkan
penyertaan komuniti dalam bidang keusahawanan di kawasan luar bandar,
faktor-faktor yang disenaraikan merangkumi aspek modal, kursus atau latihan
keusahawanan, kronisme serta mempunyai hubungan dengan ahli politik perlu
disedari oleh pihak-pihak yang berkepentingan dan wajar diberikan perhatian
khusus di dalam merangka strategi, pendekatan serta program-program yang
bersesuaian untuk membangunkan kawasan luar bandar pada masa akan datang.
Terdapat
beberapa cadangan penambahbaikan yang dikemukakan ke arah meningkatkan
penyertaan penduduk dalam bidang keusahawanan IKS. Pertama ialah berkenaan
dengan aspek insentif dan bantuan. Ianya termasuklah kemudahan untuk
mendapatkan modal dan pinjaman, menambah baik terhadap penyediaan kursus dan
latihan berkaitan bidang keusahawanan, membantu di dalam aspek pemasaran
barangan dan perkhidmatan serta khidmat nasihat yang berterusan daripada
agensi-agensi yang berkaitan seperti KEMAS dan MARA.
Selain
itu, peranan agensi pembangunan luar bandar terutamanya KEMAS, MARA, KEDA,
RISDA dan sebagainya haruslah dikaji semula ke arah meningkatkan tahap
kecekapan dan keberkesanan setiap agensi-agensi terbabit. Ini penting bagi
mengelakkan pertindihan tugas di samping dapat memberikan perkhidmatan yang
lebih baik kepada kumpulan sasaran terutamanya penduduk luar bandar. Di samping
itu, setiap anggota komuniti terbabit juga haruslah bersikap proaktif dalam
menyemai minat dan menimbulkan kesedaran tentang kepentingan untuk melibatkan
diri di dalam setiap aktiviti yang diadakan terutamanya dalam bidang
keusahawanan IKS.
PENUTUP
Konklusinya, terdapat
banyak kemaslahatan Indutri Kecil dan Sederhana (IKS) kepada masyarakat dan
negara kita. Sebagai rakyat Malaysia kita tidak seharusnya membiarkan peluang
ini berlalu begitu sahaja. Kita perlu gigih meningkatkan kualiti IKS kerana
industri ini sebenarnya merupakan sebahagian daripada barangan keluaran
tempatan yang berperanan meningkatkan imej negara di mata dunia. Apabila
masyarakat sama ada di dalam atau di luar negara menggunakan sahaja barangan
IKS, maka secara tidak langsung jati diri negara telah terserlah. Oleh
hal yang demikian, semua pihak iaitu pihak kerajaan, swasta, masyarakat serta
individu perlulah bekerjasama untuk meningkatkan industri ini. Dana yang besar
telah diperuntukkan oleh kerajaan perlu digunakan sebaik-baiknya bagi tujuan memajukan
IKS. Diharapkan barangan keluaran IKS mampu bersaing dalam pasaran di
peringkat tempatan dan juga persada antarabangsa. Hal ini juga selaras dengan
gagasan 1 Malaysia iaitu, Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan.
harap teman-teman dapat memberi ulasan dan cadangan...tq :)
BalasPadamAdakah anda Memerlukan pinjaman kredit kewangan segera?
BalasPadam* Pemindahan yang sangat cepat dan segera ke akaun bank anda
* Bayaran balik bermula lapan bulan selepas anda memperoleh wang dalam akaun bank anda
* Kadar faedah yang rendah sebanyak 2%
* Pembayaran balik jangka panjang (1-30 tahun) Panjang
* Terma pinjaman fleksibel dan bayaran bulanan
* Berapa lamakah masa untuk membiayai? Selepas mengemukakan permohonan pinjaman
Anda boleh mengharapkan jawapan awal kurang dari 24 jam
pembiayaan dalam masa 24-48 jam selepas menerima maklumat yang mereka perlukan
dari awak.
Hubungi syarikat yang sah dan berlesen ini, yang diberi kuasa
untuk memberi bantuan kewangan kepada semua orang
Untuk maklumat lanjut dan borang permohonan pinjaman
E-mel: homeofequity@gmail.com
Whatsapp +60169676451 Mesej Sahaja
Selamat sejahtera
Sir Nicholas Payne
SYARIKAT PINJAMAN MODAL EKUITI
Ketua Pegawai Eksekutif
Webisite: https: //goo.gl/VjZFEV